6 January 2012

Resipi Chocolate Tart

Assalamualaikum semua!!...wahhh..rasanya lama tak dapat update blog nih...almaklumlah...semester baru pun dah bermula..sekarang tengah busy sikit..so masa yang terluang nak update blog pun kurang..^_^


Okayy..hari nih kongsikan Resipi Chocolate Tart yang saya dapat dari Someone..^_^..tak sangka Resipi nih amat mudah dan sesuai di cuba oleh sesiapa yang rajin dan suka memasak..^_^


Resipi Chocolate Tart

Bahan A (kulit tat)
  • 250 gm tepung gandum.
  • 40 gm tepung beras.
  • 125 gm mentega.
  • 60 gm gula castor.
  • Coklat cair secukupnya.


Bahan B (isi tat)
  • 300 gm biskut Chipsmore ( dihancurkan menjadi serbuk)
  • 150 gm mentega
  • 100 gm coklat masakan (dicairkan )
  • buah ceri
  • Chocolate rice


Cara membuatnya :-
  1. Untuk membuat kulit tat, uli mentega bersama gula castor, tepung gandum dan tepung beras hingga sebati. Kemudia bentukkan kulit tat mengikut acuan yang dikehendaki.
  2. Sapukan sedikit coklat masakan yang telah dicairkan di dalam kulit tat dan bakar kulit tat pada suhu 180 C selama 20 minit.
  3. Untuk isi tat pula, panaskan mentega dan masukkan serbuk biskut Chipsmore dan coklat masakan. Gaul sebati sehingga kelihatan seperti inti dan sejukkan sekejap.
  4. Akhir sekali, masukkan adunan isi tat ke bahagian tengah kulit tat dan hiaskan dengan buah ceri dan chocolate rice ( anda boleh menggunakan bahan lain juga sebagai hiasan )
  5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan untuk rasa yg lebih memuaskan.
Okayy..sampai sini saja entry untuk kali ini...kalau saya boleh buat..anda pun mesti boleh kann??..^_^

Kerjasama dengan :- Aliff Bohari  (^_^)

13 December 2011

stacy bosan (Akustik) & senja pelangi


Assalamualaikum semua..cube dengar nih,ermm best lah sangat..kalau tuju kan kan ???
haaaa.sapa2 je..yang ???

Nampak x? setiap lagu ade cerita.kata yuna 'setiap gambar ada lagu'
haaaa..pape je,mengaut lagi..act bosan kat uma..keje pun part time..ade event g lah,kalau x ,x de..
bape minggu je lagi da nak naik sem..cam bosan kan,tapi kene mula kan jugak,sbb nye..ade emm k lah..tade pe/

next song dari stacy ,pun cute jugak,best ape..tengong bideo ni

best kan??cube layan sikit..wahhh!!!!aku suka sangat..

18 November 2011

my sister is model.hehhe



Assalamualaikum to all my readers..Tonight,i want to story about my sister.Her name is Siti Atikah..She's beautiful more than me..Alaahhh susah kebenor nak speakang2 nih..hehe..Btw,nak story sikit lah x banyak pon..Ni kakak pertama aku..Umo nye tua 2 tahun je dari aku..She is beutiful n tall..
tapi tak macam aku,x secantik die.Ade hikmah kenapa tuhan tentukan macam tuh..
Kemungkinan,tuhan lebih sygkan aku better then her,hah
Kebiasaan yang pertama nih selalu dapt lebih sbb die paling tua..so redha ja.Time nih dia
ade show kat tman titiwangsa..Pragakan busana pengantin..Jangn kowang pk dia nih yg bukan2 ok.
walau pun die suke jdi model..die jugak pandai menjahit tau,n now she tried to make her blause..ntah bile nak siap tatau lagi sbb makan msa..Yelah kan dengan dik yang rmai..n aku,aku ade keje aku sendiri..aku pun suke jugak menjait,tapi npe nak tnjuk.hhehe.nati aku tunjuk.aku buat baju tsirt katun kanak2 12 tahun kebawah,alhamdulillah laku jugak jualan aku..Bantuan mak aku..N if aku ade mase terluang,aku jahit baju kurung untuk ke kolej.Almaklum lah.student lah katakan..Bujet pun asik lari n satu cara nak save is jhit sendiri,fesyen sendiri..




 time nih masuk URS GLAMOUR


Yang sikecik tuh my youngest sister...num 1 n 7

Ni pulak time belakon cite hantoo.cite ape x taw,


Dia di sebelah kanan skali..hehe.cutekan??


Cover of cosmopolitan.


 Yg nih,aku x taw sbb aku kat ostel.so x update sikit.huu



 haaa,tapi time nih aku ikut sbb aku jd photografer dowang.sengal!!
 Emm..aku sokong ape aje yg akk aku buat,tapi masih de batas..xbaik kan kalau buruk sangka.sedegil2,sejahat2 mane pun die tetap kakak aku..so,doa kan yg terbaik untuk die k.
ok lah sampai sini je lah entry aku..banyak lagi yg aku nak shared kat blog...next time aku upload more video ok..wassalamm

10 November 2011

Tips untuk bina diri sendiri


Teman kamu mendapat perhatian pelbagai pihak. Ke Mana sahaja dia pergi pasti mata tertumpu kepadanya dan pujian sentiasi menjadi miliknya. Walaupun kamu mengukir senyuman mendengar pujian kepada teman. Namun jauh di lubuk hati kamu juga dambakan perhatian sepertinya. Perkara ini tidak mustahil jika kamu bijak membina pesona atau aura diri. Jom ikuti tip pesona diri ini.

YAKIN PADA DIRI
Jika kamu yakin pada diri sendiri, pasti kamu berasa selesa dan menghargai kelebihan yang dimili. Paling penting, terima diri seadanya kerana tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Walaupun kamu mempunyai paras rupa yang sederhana, namun apabila kamu mempunyai keyakinan diri, orang lain akan tertarik untuk mendekati kamu.

BERDIKARI
Belajarlah berdikari, usah hanya mengharapkan bantuan atau terlalu bergantung kepada orang lain. Keupayaan kamu melakukan pelbagai perkara sendiri membuatkan teman-teman di sekeliling berasa kagum. Ia juga menyerlahkan pesona diri kamu yang mempunyai pelbagai kemahiran. namun dalam sesetengah hal, usah malu untuk meminta bantuan jika kamu memang tidak mampu melakukannya sendiri.

USAH MENJADI ORANG LAIN
jadilah diri sendiri dan usah meniru gaya orang lain. Tetapi jangan sesekali berlagak seperti kamu tahu serba serbi kerana ia akan membuatkan orang di sekeliling kamu berasa jengkel dan meluat. Gunakan kebijaksanaan kamu untuk memikat hati orang lain. Misalnya menggunakan kelebihan kamu berjenaka untuk menarik perhatian teman-teman.

BIJAK BERKOMUNIKASI
Walau ke mana pun kamu pergi, kamu perlu bijak berkomunikasi. Untuk sesi perkenalan, usah bertanya terlalu banyak agar orang tidak berasa rimas. Pilih topik yang menarik dan dilarang sama sekali mengutuk atau mengumpat orang lain. Ia bagaikan cermin yang memberi gambaran negatif tentang sikap buruk kamu. Jadi berhati-hatilah berbicara agar kamu tidak keterlaluan.

JAGA PENAMPILAN
Selain komunikasi, kamu juga mesti menjaga penampilan diri agar dapat menyerlahkan lagi pesona diri. Pilih pakaian yang sesuai mengikut majlis personaliti dan umur. Usah mengenakan fesyen yang bukan-bukan sehingga kamu kelihatan hodoh. Ingat! Jangan sesekali menjadi mangsa fesyen. Dalam masa yang sama, rapikan diri kamu dengan bersolek secara sederhana atau bagi jejaka pula tampil dengan gaya rambut yang kemas.

HORMATI ORANG LAIN
Sikap mulia ini akan membuatkan orang lain juga menghormati diri kamu. Walaupun kamu tidak suka dengan sesuatu perkara, jangan mengikut emosi meluahkan kebencian sehingga orang lain hilang rasa hormat kepada kamu. Setiap orang mempunyai ego, jadi jangan sesekali menjolok sarang tebuan dengan bercakap perkara-perkara yang boleh mengundang kemarahan orang lain. Misalnya memperkecilkan kebolehan teman. Sebaliknya berilah kata-kata semangat kepada teman-teman di sekeliling. Cara ini akan membuatkan mereka rasa dihargai dan selesa dengan kamu.

THANKS!!

3 November 2011

Benci Benci akhirnya Sayang Sayang (PART 1)

Sakit bila memikirkan cinta yang selame nih aku sanjung,akhirnya pergi macm tuh je..lagih plak kantoi gan aku terang terangan..Ade perempuan lain,siap makan suap menyuap macam pasangan pengantin baru,memey menyingalah aku tengok kekasih tuh beradu asmara..silap hari bulan lekat tapak tangan aku kat muka salah sorang tuh,tapi disebabkan orang ramai sekeliling kene lah jaga tingkah laku..Dah lima ulan berlalu,aku tinggalkan lelaki bernama mohd zekri b dato yusoff.Walau tiap hari aku selalu mengingatinya.Setiap hari jalani cerita yang berbeza,kehidupan dan pengalaman mengajar aku stiap erti kata..

Angin pagi menyentuh tubuhku dengan lembut,yang masih kaku berselimutkan dengan cadar pink kesayangan aku.Malas rasanya nak bangun ,mata berat bagaikan setan yang bertenggek di atas kelopak mata.Aku terpaksa kuatkan semangat bagun subuh.Jalankan suruhan tuh sebaik mungkin.Selepas bersihkan diri,aku menuju ke dapur untuk membuat sarapan pagi untuk diri sendiri.Da kata duduk bujang,semua kene buat sendiri.Cuma beralaskan dengan milo panas dan roti bakar."ummph sungguh enak dimakn begini saje"itu da cukup alas perut aku yang buncit nih,cukup hanya ala kadar.tuhan tak suka membazir tau?

Tepat pukul 7 pagi aku memecut laju satria neo kuning aku menuju terus ke putrajaya.Dalam hati dah berdoa moga aku x terserempak dengan mamat perasan macho tuh.Lastly,sia2 je sbb dia da tercongok depan office aku..punah lah..kononnye pekerja berwibawa lah tuh.Turun je dari perut kereta...
.
"Selamat pagi minnie mouse sayang,dah sarapan ke?jom teman aku sarapan lapar lah"kata syakir dengan senyuman manisnya,memang aku akui senyuman dia boleh meluluhkan hati setiap wanita..hahah.tapi die bukan taste aku.Kalau perempuan lain mungkin da serbu agaknye.Mane tak nye,badannya yang sasa yang dipadankan dengan kemeja lengan panjang berwarna hijau muda yang dilipat paras siku.berseluakan slek hitam,muka ala ala kacukan gitu.tinggi pun bole tahan..sape yang x nak oi!!hensem tuh,lelaki idaman malaya katakan.Tapi bagi aku die tuh muka die ala ala beruk yang dalam zoo negara tuh.Da lah senyum x tentu halahahah.

"Malaslah aku,aku nak masuk kerja nih,aku da sarapan kat uma tadi.aku tak de mase nih"gan suara yang menakutkan,
Humphh malas nak layan dengan mamat nih,pagi pagi da panggil aku  minnie mouse sayang,ape mimpi ntah.benci benci benci.

"Alah kau nih kin,pagi pagi nak marah macam mane, laki nak kat kau,nasib baik ade aku yang suke kat kau,heheh"

"Suka hati aku lah,yang kau sibuk apesal?Aku x suruh kau suka aku pun"Sakit hati yang menebal.Hilang senyuman aku nak create pagi nih,ingat nak bia senyum selalu je tadi,nih x.. da hilang da.

"Jom lah,aku bosan makan sorang2,kalau ade kau selera lah sikit aku,please lah weyy"kata syakir seakan merayu macam anak2 kecil.

Aku cari alasan nak lari dari mamat sekor nih.Dalam mencari ayat yang sesuai,hon kereta salwa kedengaran .BAGUS!good time,masa yang sesuai kau datang salwa,nih yang aku sayangsgt dengan kawan aku sorang nih,paham je keadaan aku.hahah.Terima kasih sbb selamatkan aku pada waktu2 genting camnih.






Rasa2 nye ape yang akan terjadi selepas nih ekk..natikan sambungan nye ye..


P/S : Cerita nih hanya lah rekaan semata2,x de kene mengena gan sesiapa pun..

24 October 2011

kenapa aku diuji

Kenapa Aku Diuji Sampai Macam Ni?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " -(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa Aku Selalu Tak Dapat Apa Yang Aku Nak?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " -(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa Ujian Terhadapku Ini Sangat Berat?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kenapa Aku Sering Kecewa?
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " -(Surah Al-Imran ayat 139)

Bagaimana Aku Nak Hadapi Semua Ini?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. " -(Surah Al-Imran ayat 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', " -(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ..." -(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada Siapa Lagi Aku Hendak Berharap?
" ....Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. " -(Surah At-Taubah ayat 129)

Aku Dah Tak Tahan Lagi! Bosan Dengan Semua Ini!
" ....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." -(Surah Yusof ayat 87)